Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

+2
shah
waniaida
6 posters

 :: General :: Isu Semasa

Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  waniaida Thu Jun 05, 2008 7:47 am

KUALA LUMPUR 2 Jun - Pelan penstrukturan semula subsidi minyak yang akan diumumkan Rabu ini dijangka berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, sehubungan itu Jawatankuasa Menangani Inflasi akan membuat semakan terakhir ke atas cadangan-cadangan yang dikemukakan.

''Kerajaan akan memilih pelan yang terbaik untuk rakyat. Pengumuman yang akan dibuat Rabu ini perlu dikuatkuasakan serta-merta.

"Kalau tidak akan timbul banyak spekulasi,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelan penstrukturan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Abdullah menjelaskan, pelan subsidi minyak berkenaan sepatutnya diumumkan Jumaat lalu namun terdapat anggota jemaah menteri berada di luar negara.

Ditanya sama ada pelan subsidi minyak yang akan diumumkan Rabu ini akan turut melibatkan harga minyak kelapa sawit, Perdana Menteri berkata: ''Tunggulah hari Rabu nanti.''

Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang membayangkan harga petrol dan diesel akan naik Ogos depan, Perdana Menteri berkata, berkemungkinan perkara itu berlaku pada Ogos.

Kerajaan baru-baru ini memutuskan untuk mengkaji semula sistem subsidi minyak bagi memastikan ia lebih efisien selain menghapuskan ketirisan dan penyalahgunaan.

Selain itu, kajian semula struktur subsidi berkenaan juga bertujuan memastikan kesaksamaan dan keadilan supaya mereka yang benar-benar layak mendapat subsidi akan menerimanya. affraid affraid affraid affraid affraid affraid
waniaida
waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 50
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  shah Thu Jun 05, 2008 11:50 pm

Harga barang mula naik

Pengusaha bas sekolah umum caj tambahan RM50 sebulan mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Baru sehari harga petrol dan diesel dinaikkan, beberapa persatuan dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan makanan sudah pun mula menaikkan harga perkhidmatan dan jualan masing-masing, sesetengahnya berkuat kuasa serta- merta.

Persekutuan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan akan mengenakan caj tambahan antara RM10 dan RM50 sebulan mulai Isnin ini, manakala Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur menaikkan harga perkhidmatannya sebanyak 35 peratus, berkuat kuasa serta merta.

Kenaikan kos pengangkutan itu turut memaksa pemborong serta peniaga makanan basah termasuk ikan dan sayur menaikkan jualan masing-masing.

Pengerusi PPPBSM, Chee Ah Tey, berkata 34 persatuan yang bergabung dengan persekutuan berkenaan membabitkan 8,000 pengusaha, bersetuju mengenakan caj tambahan itu sementara kerajaan meluluskan tambang baru bas sekolah.

Beliau berkata, caj tambahan RM10 akan dikenakan bagi jarak dekat seperti dalam kawasan perumahan, manakala kadar maksimum RM50 bagi perjalanan melebihi 30 kilometer, termasuk ke Singapura.

Chee berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini, untuk membincangkan kadar kenaikan tambang bas sekolah serta perkara lain yang membabitkan pengangkutan itu seperti harga tayar, bateri, alat ganti dan gaji pekerja.

"Kenaikan akan berlaku, tetapi peratusannya akan diketahui selepas satu atau dua bulan kajian dibuat oleh KPDNHEP. Tetapi sementara menunggu keputusan dibuat, caj tambahan itu terpaksa dikenakan untuk menampung kos operasi," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58.

Pengarah Urusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, Alvin H M Choong, pula berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga perkhidmatan sebanyak 35 peratus bagi menampung kos operasi.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar ahli majlis persatuan berkenaan sebaik kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api.

"Kenaikan harga diesel sehingga RM1 itu mengejutkan serta mencetuskan situasi cemas industri perkhidmatan pengangkutan. Sebilangan ahli bercadang menghentikan perkhidmatan sehingga kadar baru diumumkan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA), Er Sui See, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memutuskan kadar kenaikan kos pengangkutan itu.

Tinjauan Berita Harian di pasar sekitar Lembah Klang mendapati hampir semua pemborong, peniaga serta peruncit bercadang menaikkan harga barangan berikutan kenaikan kos pengangkutan.

Pengerusi Persatuan Pemborong dan Pembekal Ikan Melayu Wilayah dan Selangor, Ariffin Zakaria, berkata pihaknya akan menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus sekiranya pengusaha lori meningkatkan harga perkhidmatan mereka.

"Kita tertekan dengan kenaikan kos pengangkutan 35 peratus itu dan mungkin kita juga terpaksa menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus esok (hari ini)," katanya.

Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur Malaysia, Soo Cheng Kee, berkata peningkatan kos perkhidmatan yang ditetapkan pengusaha pengangkutan itu terlalu tinggi dan membebankan peniaga.

"Sekiranya ia meningkat secara berterusan, harga sayur pasti akan naik walaupun kini peniaga masih mampu menanggung kos kenaikan itu," katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Melayu Pasar Selayang, Samad Saleh, berkata pihaknya akan menaikkan harga sehingga 30 peratus jualan semua barangan basah di pasar itu.

Sementara itu, Presiden Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah, berkata pihaknya akan menunggu perkembangan semasa berhubung isu minyak sebelum menaikkan tambang.

"Kita akan hantar memorandum kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan berharap perkara itu akan dikaji dalam masa terdekat," katanya.

Pengurus Besar Komunikasi Rapid KL, Ebi Fazly Abdullah, berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bagi merumuskan langkah yang perlu diambil berikutan kenaikan harga minyak.
No No No

shah
moderator

Male
Number of posts : 93
Age : 38
Location : kuala lumpur
Registration date : 2008-06-03

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  wann Fri Jun 06, 2008 1:38 am

hurmm..ape leh buat..bahan2 mentah dah berkurangan akhir2 ni..dunia dah nak sampai ke penghujung
wann
wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 39
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  waniaida Fri Jun 06, 2008 3:06 am

naik naik naik naik naik naik naik....!!!!!!! Evil or Very Mad
waniaida
waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 50
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  wann Fri Jun 06, 2008 6:35 am

sabar wani..sabar..ye..cool down...esok kite nek basikal nak? save bugget
wann
wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 39
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  shah Sat Jun 07, 2008 12:59 am

ala hai...kalau naik beskal xsyok.... kita naik kete sorong la... ekekeekek

shah
moderator

Male
Number of posts : 93
Age : 38
Location : kuala lumpur
Registration date : 2008-06-03

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty harga minyak

Post  athee1511 Mon Jun 09, 2008 7:46 am

haha bagus2 .. naikkan myk smpi rm20/litre baru best

athee1511

Number of posts : 1
Age : 33
Registration date : 2008-05-07

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  wann Mon Jun 09, 2008 7:57 am

umak ai..rm20? hehehe...pasni jual motor la..shah,tau la LK 11 ke bawah navy x leh bawak motor ngan kete..cian derang
wann
wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 39
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty huhuh ~~

Post  LagendaZ Sun Aug 03, 2008 12:27 am

@@
LagendaZ
LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 30
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

https://wolfgang.forumotion.com

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  ^4GT^ Tue Nov 18, 2008 7:29 pm

Komplennnnnnnn je la ..hampeh!!!!!!!...Kite patut Bersyukur kerana kerajaan kite prihatin kat penduduknye.....Kalau depa tak bantu....contoh nye gas memasak skrg kite bayar 24.50 setong sebab depa bantu...kalau depa tak bantu....50.00 setong..hang pikiq la sendiri....hehehehehehehe...
^4GT^
^4GT^
moderator

Male
Number of posts : 281
Age : 40
Location : Kluang,JOHOR
Registration date : 2008-06-08

https://www.facebook.com/norazlihan.bujang

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  wann Tue Nov 18, 2008 8:44 pm

hehehe..jangan marah kawan... tu je yang mampu.lebih2 kang kene bidas.dah jem hajat aku nak jadi perdana menteri.wakaka..tapi aku syuku sebab minyak dah turn..kurang cikit beban.kan kann kan
wann
wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 39
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty @@

Post  LagendaZ Sun Nov 23, 2008 8:08 am

koh3 ..
LagendaZ
LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 30
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

https://wolfgang.forumotion.com

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  wann Tue Nov 25, 2008 2:32 am

LagendaZ wrote:koh3 ..

sejenis binatang apo tu kof3????
wann
wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 39
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty @@

Post  LagendaZ Wed Nov 26, 2008 1:30 am

ler ..
aku batuk la wei .. adess ko ni .. wat2 x tau lak.. koh3 lol!
LagendaZ
LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 30
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

https://wolfgang.forumotion.com

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  ^4GT^ Wed Nov 26, 2008 5:32 am

Lain Macam Je Batuk Tu....Miahahahahahahahahahahaha
^4GT^
^4GT^
moderator

Male
Number of posts : 281
Age : 40
Location : Kluang,JOHOR
Registration date : 2008-06-08

https://www.facebook.com/norazlihan.bujang

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty @@

Post  LagendaZ Wed Nov 26, 2008 9:26 am

batuk zaman skrg .. muakakaka !! lol!
LagendaZ
LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 30
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

https://wolfgang.forumotion.com

Back to top Go down

Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008 Empty Re: Minyak Petrol Diesel NAIK 5 Jun 2008

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 :: General :: Isu Semasa

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum